Total Pageviews

27,816

Monday, 30 May 2011

Apakah yang membezakan di antara Bai’ Murabahah dengan Bai’ Bithaman Ajil? Berikan contoh produk perbankan Islam yang menggunakan kontrak jenis ini.

Perbankan Islam pada zaman hari ini sudah semakin meluas ke seluruh dunia dan salah satunya ialah negara Malaysia. Negara Malaysia mengamalkan perbankan Islam yang pertama pada tahun 1983. Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan dia dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapatan oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).



Bai’ Murabahah ialah perniagaan yang melibatkan penjualan barangan di antara penjual dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bagaimanapun, dalam Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli kos sebenar aset dan margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.



Berbeza dengan Bai’ Bithaman Ajil, kontrak ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran. Konsep ini adalah satu akad yang amat dikenali di Malaysia dan Brunei.



Bai’ Murabahah dan Bai’ Bithaman Ajil mempunyai banyak perbezaan dari segi konsep perniagaan yang telah ditetapkan. Bagi perniagaan Bai’ Murabahah, ia adalah satu konsep jualan dengan harga yang lebih tinggi daripada harga modal. Mengikut syaratnya, sistem jual beli akan dimaklumkan kepada pembeli harga modal dengan penuh amanah. Sebarang penipuan harga modal akan membawa kepada kerosakan pada akad dan jual beli ini. Contohnya, seseorang menjual rumah yang dibelinya dengan harga RM 100000 dengan harga RM 150000 dan dimaklumkan kepada pembeli akan harga asal beliannya. Kelebihan Bai’ al-Murabahah ada milai amanah tersebut dan ketelusan penjual mendedahkan nilai asal barang dan margin keuntungannya. Tidak dinafikan, dalam keadaan tertentu, pendedahan ini boleh dijadikan strategi bagi memudahkan jualan dibuat.



Berbanding dengan konsep Bai’ Bithaman Ajil, ia adalah kaedah pembayaran secara tertangguh yang telah dipersetujui oleh penjual dan pembeli. Justeru, sebenarnya konsep Bai’ Bithaman Ajil ialah pembelian dengan bayaran harga dibuat secara tertangguh. Menurut hadis riwayat al-Bukhari, daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan bayaran bertempoh, dan Baginda mencagarkan baju besinya yang diperbuat daripada besi. Melalui hadis ini, hal ini telah menunjuk kan Rasulullah telah menggunakan konsep Bai’ Bithaman Ajil untuk urusan jual beli iaitu jualan secara tertangguh. Melalui dalil ini juga ia harus sama ada ia mempunyai satu tempoh atau beberapa pecahan tempoh seperti bayaran setiap bulan sehingga satu tahun atau bayaran akan diselesaikan pada tarikh tertentu pada masa akan datang secara sekali gus (lump sum).




Melalui struktur antara Bai’ al-Murabahah dan Bai’ Bithaman Ajil sudah cukup menunjukkan perbandingan perniagaan di antara dua jenis perniagaan ini.
Bai’ al-Murabahah


KETERANGAN RAJAH:
1)    Pelanggan melihat kereta atau rumah di bilik pameran lalu tertarik tok membelinya. Kebiasaannya pelanggan akan membuat bayaran tempoh atau bayaran pendahuluan sebanyak 10% daripada nilai aset yang dikehendaki.
2)    Pelanggan  akan berusaha sendiri atau melalui penjual kereta atau rumah akan mendapatkan bank untuk membiayai lebihan 90% daripada aset terbabit.
3)    Pihak bank akan meninjau permohonan dan menyemak rekod hutang pelanggan, melihat jenama kereta dan jenisnya atau lokasi rumah, umur pelanggan dan lain-lain. Jika lulus, pihak bank akan memeterai perjanjian dengan pelanggan. Dengan perjanjian tersebut, pihak bank akan membeli rumah atau kereta tersebut dengan membayar 90% daripada harga penuh. Oleh itu ia menjadi milik bank tapi bank tidak meletakan namanya dia tas aset tersebut bagi mempercepatkan urusan pindah milik rasmi.
4)    Setelah sah pemilikan bank atas aset secara “milik manfaat”, maka bank akan menjual aset itu dengan harga mark up. Pelanggan bersetuju membayar harga jualan dan mengetahui dengan jelas nilai mark up yang diambil oleh bank (syarat jualan murabahah). Semua bayaran tersebut akan dibuat atas tempoh yang telah di tetapkan sama ada 3,5,7 atau 9 tahun bagi kereta manakala mana-mana tempoh sehingga tiga puluh tahun bagi pembelian rumah.
Oval: 3Oval: 1Oval: 2aOval: 4Oval: PENJUAL KERETA DAN RUMAHOval: PELANGGAN

BANK ISLAM
 















BAI’ BITHAMAN AJIL




Ø  Jual dengan harga tunai contohnya Rm 90 000
Ø  Bayaran tunai terus kepada penjual asal.


 










KETERANGAN RAJAH:
1)    Pelanggan berminat membeli sesuatu aset seperti rumah. Setelah memilih, pelanggan akan menandatangani perjanjian jual beli dengan pemaju atau penjual. Di Malaysia, pelanggan kebiasaannya di kehendaki membayar minimum sebanyak 10% daripada harga penuh aset tersebut.
2)    Apabila pemilikan pelanggan telah disahkan, pihak pelanggan akan menemui bank untuk mendapatkan pembiayaan baki 90% daripada harga yang masih tertangguh kepada penjual. Jika bank bersetuju, pihak bank Islam akan membeli aset yang dimiliki pelanggan tadi dengan harga pembiayaan yang diperlukan. Bayaran oleh bank dibuat secara tunai dan terus dimasukkan ke dalam akaun pelanggan ataupun terus kepada pemaju atas persetujuan pelanggan. Bank Islam akan menandatangani satu perjanjian beli aset. Hasilnya pemilikan aset berpindah tangan kepada pihak bank. Namun demikian legal ownership masih di tangan pelanggan. Cuma beneficial ownership akan berpindah kepada bank. Ini disebabkan kesukaran birokrasi pejabat tanah dan prosedur-prosedur lain yang melambatkan.
3)    Apabila Bank memiliki beneficial ownership, pihak bank akan menjualnya semula kepada pelanggan. Menurut konsep Bai’ Bithaman Ajil, pelanggan akan membeli dengan membayar secara tertangguh.











            Antara contoh produk Perbankan Islam yang menggunakan kontrak Bai’ al-Murabahah dan Bai’ Bithaman Ajil ialah:
1)    PEMBIAYAAN RUMAH: Pembiayaan ini menggunakan kaedah jualan dengan secara tunai melalui Bai’ al-Murabahah atau secara tertangguh iaitu dengan konsep Bai’ Bithaman Ajil. Melalui konsep-konsep ini, ia boleh mengurangkan risiko naik turun harga kepada pelanggan kerana kadar harga telah ditetapkan oleh pasaran.
2)    PEMBIAYAAN KENDERAAN: Melalui konsep Bai’ al-Murabahah, pelanggan boleh membeli kenderaan dengan secara tunai manakala melaui konsep Bai’ Bithaman Ajil pelanggan boleh membeli kenderaan dengan bayaran secara tertangguh. Pelanggan tidak akan memikul beban yang banyak dengan mengikuti kedua-dua konsep ini.
3)    PEMBIAYAAN MENGERJAKAN UMRAH: Perbankan Islam telah menyediakan pembiayaan jenis ini kepada semua pelanggan agar mereka dapat mengerjakan umrah sekali dalam seumur hidup. Pelanggan boleh membuat umrah dengan bayaran secara Bai’ al-Murabahah ataupun secara Bai’ Bithaman Ajil. Kebiasaannya pihak Perbankan Islam akan menyediakan pakej umrah dengan konsep Bai’ Bithaman Ajil agar mereka mudah untuk mengerjakan umrah.




Kesimpulannya, konsep Bai’ al-Murabahah adalah proses jual beli secara tunai manakala konsep Bai’ Bithaman Ajil adalah proses jual beli secara tertangguh. Namun, kedua-dua konsep ini mempunyai kelebihan tersendiri yang memudahkan pelanggan untuk membuat urusan jual beli dengan perbankan Islam tanpa terasa beban untuk membayar kadar faedah yang ada dalam perbankan konvensional. Perbankan Islam telah mematuhi hukum Islam di mana mengharamkan riba di dalam urusan jual beli. Allah ada berfirman dalam surah Al-Baqarah (2): 278 “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman”. Hal ini menunjukkan riba telah diharamkan di sisi Islam. Oleh itu Malaysia telah memilih jalan yang selamat untuk menubuhkan Perbankan Islam iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang ditubuhkan  pada tahun 1983 memandangkan Malaysia adalah salah satu negara beragama Islam. Tujuannya ialah menyelamatkan umat Islam di Malaysia daripada terjebak dengan urusan jual beli yang melibatkan riba. Perbankan Islam ini telah menarik perhatian seluruh negara termasuk Australia, Thailand, Denmark, dan United Kingdom. Hal ini menunjukkan Perbankan Islam mampu membantu pelanggan tanpa bebanan yang ditanggung oleh mereka dengan pelbagai konsep jual beli seperti Mudharabah, Wadiah, Musyarakah, Murabahah, Ijarah, Bai’ Salam, Bai’ Bithaman Ajil dan Qardh Al Hassan. Oleh itu, bagi pelanggan yang ingin membuat pembiayaan untuk rumah atau kereta, mereka harus mengambil konsep Bai’ Bithaman Ajil kerana ia selamat dan tidak membebankan pelanggan untuk membayar balik pulangan yang telah ditetapkan oleh pihak bank tanpa mengenakan riba.

8 comments:

 
i
o
y
a